Wanita & Futsal / Street Soccer - Coccyx Fracture

Tanggal 10 April 2015 merupakan hari yang paling malang dan sedikit sebanyak menjejaskan penglibatan aktif saya dalam sukan futsal mahupun street soccer. Seperti biasa selepas tamat bekerja saya bergegas balik quarters kediaman untuk bertukar pakaian yang sesuai dan terus ke tempat seperti yang dijanjikan dengan rakan-rakan untuk menjalani sesi latihan street soccer sebab ada pertandingan street soccer 4 on 4 anjuran Kementerian Pembangunan Sosial Mukah dengan kerjasama Pejabat Belia & Sukan Bahagian Mukah dan Pertubuhan Belia Parlimen Mukah pada 12 April 2015.

9 April 2015 Gambar kenang-kenangan sebelum memulakan sesi latihan.


Seperti biasa sampai di tempat training, kami akan terus bermain sekiranya sudah cukup pemain. Saya ni kalau sebut saja main memang paling bersemangat. Masa kejar bola kalau boleh saya nak lari macam jet jer. haha :P Tapi saya lupa kasut yang saya pakai tidak sesuai sebab saya pakai kasut futsal. sesekali akan meluncur atas permukaan simen yang sedikit berbatu. Namun bagi saya itu cuma hal remah sehinggalah semasa saya nampak peluang untuk skor, saya berlari sekuat hati membawa bola ke depan tiang gol namun cengkaman kasut saya tidak cukup kuat atas permukaan simen lalu saya terpijak bola dan tergelincir. Saat saya terjatuh dalam keadaan terduduk, saya dah rasa tak sedap hati. Saya tetap cuba untuk bangun walaupun sakitnya buat saya rasa nak nangis. Saya cuba berjalan untuk berehat dalam kereta. Lepas duduk beberapa minit rasa sakit tak berkurangan, saya ajak seorang teman saya untuk membeli ais untuk diletakkan di bahagian yang sakit mana tau boleh mengurangkan rasa sakit. Rasa sakit tak berkurangan walaupun dah letak ais dan kawan saya terus bawa saya ke unit kecemasan, Hospital Mukah untuk mendapatkan rawatan. Sesampai saja di unit kecemasan saya terus ke unit X-ray untuk menjalani X-ray dan kebetulan rakan saya sendiri yang bertugas (on call) pada petang tu. Lepas X-ray, saya tunggu pengesahan daripada doktor. Lama juga saya tunggu keputusan namun saya tak nak kecoh-kecoh sebab saya faham ada pesakit lain yang lebih tenat memerlukan rawatan dan perhatian doktor ketika itu. Adrenalin selepas bermain pun semakin turun dan rasa sakit makin terasa ~seksanya menahan sakit sambil duduk di kerusi roda :'( . Dari dekat pukul 7 petang saya tunggu akhirnya lebih kurang pukul 11 malam baru doktor melihat filem X-ray dan memeriksa saya. Beliau mengesahkan saya mengalami coccyx fracture iaitu keretakan di bahagian tulang tongkeng (tailbone).


Filem X-ray saya menunjukkan bahagian yang retak.

Saya memerlukan cuti sakit selama 2 minggu sebelum saya boleh kembali bertugas dan dinasihatkan untuk menghentikan dahulu aktiviti lasak dan mengangkat beban berat sehingga betul-betul sembuh. Doktor menyarankan sekurang-kurangnya saya boleh kembali aktif selepas 6 bulan. 

Hari ke-empat lepas kejadian. Hanya mampu merenung ke luar jendela...




Hadiah terindah daripada rakan-rakan sepasukan :) Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada Dona & Adieq (D'syco) kerana sudi bermain dan menyumbangkan jasa anda kepada team Vicxis.


Berdiri dari kiri: Lyona, Jacq (urusetia), Nalinie, Collina & coach Nadzim
Duduk dari kiri: Dona, Adieq & Hadoree

Hari ini dah setahun 2 bulan dah lepas kejadian. Rasa sakit dah hampir tidak ada dan saya dah boleh bergiat aktif seperti sedia kala.  Saya hanya akan rasa ngilu jika duduk terlalu lama ataupun ada mengangkat beban yang agak berat tapi lepas dibawa berehat rasa ngilu akan beransur hilang. 

Sekarang saya sangat berhati-hati dalam melakukan apa-apa sahaja aktiviti lasak. Cukuplah pengalaman sekali itu mengajar diri ini untuk tidak terlalu ghairah tak ingat dunia ketika bermain. Padahnya mungkin boleh memberi kecacatan kekal. Minta dijauhkan segala yang buruk. 

Moral of the story :
 1. Kaji dahulu tempat kita akan bermain. Gunalah kasut yang sesuai untuk bermain di permukaan yang kasar.
2. Jangan tiru teknik atau skills yang pro tunjuk dalam youtube sesuka hati tanpa membuat latihan yang betul. Play basic skills dah cukup dan kuasai sebaik-baiknya. Kena kerap buat latihan dan pasti hasilnya juga memuaskan. :)

3. Kena sentiasa berhati-hati dan jangan terlalu mengikut perasaan semasa bermain. Kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita lakukan sebenarnya tidak seiring dengan kemapuan diri kita. Kalau dah cedera mungkin dah tak boleh main untuk selama-lamanya. :'(

Comments

  1. Jika sesiapa ada pengalaman yang tak dapat dilupakan ketika bermain bola boleh kongsikan di sini. Thank you for your time. :)

    ReplyDelete
  2. pertama kli join vicxis,ptma kli join team d mukah,ptma kli main d tmpt sendiri,..w.tq cikgu tika...mberi peluang utk join team vicxis smpai skrg....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih juga Lyona sebab sudi bersama-sama menyumbang bakti untuk team Vicxis. Semoga dapat mencungkil lebih ramai lagi bakat2 baru dalam kalangan muda mudi tempatan. :)

      Delete
  3. Saya terasa amat nyilu semasa membaca entri diatas. Batang rekung saya pun rangkai bila terkenang.

    ReplyDelete
  4. Makanlah strepsils >,< Jerak apai jerak indai enggai agik. hehe

    ReplyDelete
  5. The Best Sportsbook Bonus 2021 | TOP BET 메리트 카지노 고객센터 메리트 카지노 고객센터 betway login betway login 579Trik Slot Pragmatic Play Play - Casino Games

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

25 Gambar Inspirasi Pre-wedding Tema Bola Sepak / Futsal

Black & White Photos / Gambar Hitam & Putih